Tuesday 22 February 2011

Sejarah Penubuhan dan Kegiatan Masjid Ar Rahman


 TAJUK :
 SEJARAH PENUBUHAN DAN KEGIATAN
 MASJID AR-RAHMAH,KEDAH.

DISEDIAKAN UNTUK :
USTAZ ABDUL AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH CTU151

DISEDIAKAN OLEH :
NOR HASLIZANI BINTI AZIS
NO.MATRIK : 2010417228
KUMPULAN : ASD2En

PROGRAM :
DIPLOMA SAINS (AS120)

TARIKH HANTAR :22 FEB 2011



ISI KANDUNGAN


1.      ABSTRAK


2.      PENDAHULUAN


3.      PENGERTIAN MASJID


4.      SEJARAH PENUBUHAN


5.      PERANAN


6.      MASALAH


7.      PENYELESAIAN


8.      PENUTUP


9.      BIBLIOGRAFI





ABSTRAK


                Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya

dapat saya melengkapkan tugasan ini dengan jayanya.Tugasan saya ini adalah mengenai

sejarah penubuhan masjid Ar-Rahmah dan kegiatannya.Secara umumnya,masjid adalah

tempat manusia menunaikan ibadat kepada Tuhan yang menciptakan mereka iaitu Allah

S.W.T.Menunaikan solat jemaah di masjid adalah sangat digalakkan dalam Islam

terutamanya bagi kaum Adam kerana mereka adalah khalifah Allah yang di amanahkan

untuk mentadbir ala mini dengan sebaik-baiknya.Selain itu,masjid  melambangkan agama

Islam di mata penganut agama lain.Mereka tahu bahawa masjid merupakan tempat orang

Islam beribadat sama seperti mereka sebagai contoh bagi mereka yang beragama

Kristian,gereja merupakan tempat mereka beribadat kerana gereja itu melambangkan

agama Kristian.Begitu juga bagi agama Hindu yang mana kuil merupakan lambang

agama mereka.Oleh itu,selagi lidah kita melafazkan kalimah syahadah selagi itulah kita

mempunyai tanggungjawab terhadap Islam iaitu tanggungjawab untuk mengembangkan

ajaran Islam dan kita boleh melaksanakannya melalui masjid.Kita boleh mengadakan

pelbagai aktiviti tentang hal berkaitan Islam dan menyebarkan Islam supaya muslimin

muslimat dapat mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari.


          
      
PENDAHULUAN
        

                   Bersyukur kepada Allah serta berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi

Muhammad s.a.w sahabat-sahabat dan keluarga baginda sekalian dilimpahkan Allah akan

rahmatnya kepada semua kita muslimin muslimat.Amin ya rabbal a’lamin.Dengan

kehendak dan iradat Allah Subhanahu Wataala,dapat saya usahakan tugasan ini dengan

kadar yang termampu oleh tenaga dan kesanggupan yang ada pada diri saya yang lemah

dan serba kekurangan ini.

             Tujuan esei ini di tulis adalah untuk menarik minat pembaca mengenai sejarah

penubuhan dan aktiviti masjid Ar-Rahmah yang terletak di Kg.Kandai,Mukim Tajar,A/S

Kedah supaya lebih ramai muslimin muslimat yang akan melibatkan diri dengan segala

kegiatan di masjid yang berdekatan dengan kediaman masing-masing.Melalui esei

ini,pembaca dapat mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti sesebuah masjid malah mereka 

mampu melakukan hal yang sama bagi mengimarahkan masjid.

            Di dalam esei ini,saya menceritakan sedikit sebanyak informasi tentang masjid

Ar-Rahmah.Terdapat beberapa kegiatan masjid ini yang mungkin dapat menarik minat

pembaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.Melalui tulisan ini saya menyeru

semua pembaca supaya mentaati perintah Allah dan Rasulnya dengan meninggalkan

semua larangannya dan mengerjakan apa sahaja yang disuruh.Buat kaum

Adam,ringankanlah kaki anda untuk ke masjid dan janganlah menantikan umur tua baru

mahu berjinak dengan masjid.

Wabillahi Taufiq walhidayah wassalamu alaikum warahmatullah.


                                       

PENGERTIAN MASJID
                

                Masjid ialah rumah Allah(Baitullah) iaitu bangunan yang didirikan sebagai

sarana mengabdikan diri kepada Allah.Masjid merupakan tempat untuk bersujud.Secara

terminologinya,masjid adalah tempat beribadah umat Islam.Masjid merupakan tempat di

mana muslimin muslimat berbuat ibadat,mengabdikan diri bersujud kepada Allah

pencipta segala makhluk yang ada di muka bumi ini.

           Selain itu,masjid adalah lambang kekuatan dan kesucian Islam kerana di situlah

tempat untuk umat Islam berkumpul di samping menunaikan ibadat mereka juga dapat

mengeratkan silaturrahim serta mewujudkan kasih sayang sesama Islam sendiri.Hal ini

dapat di lihat melalui peristiwa sedang di alami oleh rakyat Palestin.Mereka bersatu padu

malah sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan Masjid Al-Aqsa kerana masjid itu

merupakan kekuatan agama mereka iaitu Islam.Masjid juga merupakan tempat untuk

umat Islam mendekatkan diri dengan Allah serta mempelajari kalam Allah yang kekal

iaitu Al-Quran.

             “Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang yang

beriman kepada Allah dan hari kemudian,serta tetap mendirikan solat,menunaikan

zakat dan tidak takut(kepada sesiapapun) selain kepada Allah,maka merekalah orang

yang diharapkan termasuk golongan orang yang mendapat petunjuk

(9:18 At-Taubah)




Gambar masjid Ar-Rahmah dari sudut hadapan

                           
SEJARAH PENUBUHAN

        
        Masjid Ar-Rahmah telah mula dibina pada tahun 1957 dengan menggunakan kayu

yang telah diwakaf oleh Tok Sibiar.Masjid Ar-Rahmah telah dirasmi oleh Tunku Abdul

Rahman,beliau telah memperbaharui masjid tersebut pada tahun 1963.Dahulunya,tapak

asal  masjid tersebut merupakan pokok mengkuang yang telah diteroka untuk mendirikan

sebuah masjid.Selain itu,tapak masjid tersebut dulunya menjadi salah satu tumpuan para

penduduk untuk mendapatkan punca air dan kemudian ditambak dan dijadikan sebuah

masjid yang kecil yang diperbuat daripada kayu.Kariah kampung turut membantu

membina jalan kampung untuk ke masjid.Tanah perkuburan yang terletak bersebelahan

masjid tersebut pula telah diwakaf oleh imam masjid itu sendiri iaitu Haji Zakaria b.Ali

sehingga kini tanah perkuburan itu telah ditambah oleh penghulu iaitu Haji Khamis

b.Haji Awang.Pengawal masjid dengan persetujuan penduduk kampung telah membeli

sedikit tanah untuk dijadikan tapak perkuburan.Masjid tersebut telah dinaik taraf dan

dibina semula dengan berkonsepkan batu,pembaharuan ini telah mendapat perhatian dan

bantuan daripada pelbagai pihak untuk membeli bahan binaan.Bahan binaan tersebut

telah di angkut melalui sungai dan terus ke tapak masjid dengan usaha keras pengawal

masjid yang sanggup berjaga pada waktu malam untuk membuat tapak tiang masjid

dengan menggunakan kayu bakau dan ianya masih kekal sehingga sekarang.Masjid

tersebut dibina menggunakan kontrak Haji Ali yang menggunakan buruh binaan

berbangsa Cina.Oleh kerana pengangkutan dan kemudahan agak mundur,masa yang di

ambil untuk membina mengambil masa setahun.



Pegawai masjid yang terdahulu : 1.Hj.Zakaria b.Ali(imam)
                                                    
                                                      2.Hj.Saad b.Hj.Said(imam)
                                                    
                                                      3.Hj.Md Arif b.Hj.Ismail(bilal - masih kekal)
                                                    
      4.Shafie b.Awang Kechil(bilal)
                                                   
                                                      5.Hj.Khamis b.Hj.Awang(penghulu)

                                                      6.Awang Ali b.Abdullah(penghulu)

                                                      7.Hj.Saad b.Abdullah(siak masjid)

                                                      8.Awang The b.Ali(siak masjid)

                                                      9.Salleh b.Murad(khatib)

                                                      10.Othman b.Majid(khatib)




Tanah perkuburan masjid Ar-Rahmah



Masjid Ar-Rahmah dari sudut  tepi

                                                      
PERANAN


          Masjid Ar-Rahmah merupakan tempat beribadat di Kg.Kandai.Masjid tersebut

bukan sahaja digunakan untuk beribadat tetapi dijadikan tempat untuk menuntut ilmu dan

juga tempat pembinaan jemaah.Salah satu kegiatan masjid tersebut adalah menjalankan

aktiviti membuat pengajian pada setiap rumah berganti-ganti pada setiap hari.Masjid

tersebut juga sering mengadakan jamuan pada setiap sambutan hari penting dalam bulan

Islam terutamanya pada bulan Ramadhan Al-Mubarak.Pada setiap hujung minggu

pula,aktiviti gotong-royong membersihkan masjid akan di adakan.Setiap pagi

Jumaat,ustaz Hj.Lah akan dating mengajar kelas Fekah.Pada setiap hari Sabtu,masjid Ar-

Rahmah akan mengadakan kelas mengaji Al-Quran di waktu pagi oleh ustazah Siti

Aisyah. Selain itu,aktiviti lain yang di anjurkan adalah mengacau bubur asyura yang

dilakukan oleh penduduk kampung yang kebiasaannya 8 biji kawah dan di agihkan

kepada semua penduduk kampungMasjid tersebut kini mengadakan kelas Fardhu Ain

khas untuk anak-anak kecil di kariah kampung.Cadangan terkini yang di anjurkan oleh

Lembaga Tabung Haji yang bakal dijalankan di masjid tersebut tidak lama lagi adalah

untuk mengajar para jemaah haji yang hendak berangkat ke tanah suci

Makkah.Memandangkan perlantikan imam sedang dalam proses,pegawai terkini masjid

Ar-Rahmah buat sementara ini telah diganti oleh pegawai-pegawai yang telah diberi

kepercayaan oleh penduduk kampung.

Pegawai masjid yang terkini : 1.Hj.Md Arif b.Hj.Ismail
                                                
                                                 2.Hj.Omar b.Hj.Abdullah
                                                
                                                 3.Hj.Ismail b.Hj.Saad                                                                                                             
                                     
                                     4.Ramli b.Hamid

Masjid Ar-Rahmah



MASALAH

                 Terdapat beberapa masalah di Kg.Kandai tersebut yang menjadi perhatian

pegawai-pegawai masjid Ar-Rahmah untuk membanterasnya iaitu yang utamanya

masalah anak-anak muda yang suka melepak dan membuat bising berdekatan masjid

tersebut.Mereka dengan sengajanya membuat bising dengan menguatkan bunyi enjin

motosikal mereka sebaik sahaja melintasi hadapan masjid.Selain itu,anak-anak muda juga

tidak berminat untuk menghadirkan diri ke masjid untuk menunaikan solat secara

berjemaah.Anak-anak muda di kampung tersebut juga akan berkumpul ditempat mereka

sebaik sahaja azan maghrib selesai berkumandang dan mereka akan merempit di atas

jalanraya tanpa sedikitpun rasa hormat terhadap jemaah yang sedang kusyuk menunaikan

solat di masjid.Harta benda masjid juga turut menjadi tumpuan individu yang tidak

bermoral yang telah mencuri mikrofon dan karpet masjid yang disyaki kerja orang luar.




                                                       
PENYELESAIAN


           Berdasarkan masalah yang telah dikenalpasti oleh pegawai-pegawai masjid Ar-

Rahmah,beberapa strategi untuk mengatasi masalah ini telah dibincangkan secara

teliti.Bagi mengatasi masalah anak-anak muda yang suka melepak dan membuat bising

berhampiran masjid,pihak masjid akan mengadakan majlis kenduri pada setiap hujung

minggu di waktu malam yang akan melibatkan pertolongan anak-anak muda ini seperti

tolong menyediakan makanan bagi jemaah-jemaah masjid.Jadi,mereka tidak lagi

membuang masa dengan melakukan aktiviti yang tidak bermoral itu.Masalah kecurian

harta benda masjid pula cuba di atasi dengan memperbaharui pintu-pintu masjid yang

agak lemah sistemnya dan diganti dengan yang lebih canggih.Pengawal masjid juga telah

bergilir-gilir berjaga di waktu malam untuk menangkap individu yang melakukan perkara

tersebut, mereka juga sanggup bermalam di masjid.Selain itu,pegawai-pegawai masjid

juga sering menjemput penceramah untuk memberi ceramah kepada penduduk kampung

terutamanya anak-anak muda.Mereka juga telah berjumpa anak-anak muda tersebut

secara baik dan menegur mereka tentang perbuatan mereka itu adalah tidak patut ssama

sekali,mereka juga telah memujuk anak-anak muda tersebut supaya sama-sama

berjemaah di masjid kerana besar pahalanya.Alhamdulillah semua usaha yang dijalankan

itu mendapat respon positif atas kehendakNya.




PENUTUP

 Akhir kata,kesimpulan yang dapat saya utarakan tentang tugasan ini ialah

kita hendaklah mempraktikkan diri supaya rajin dan sentiasa ingin beribadat di masjid

kerana ganjaran pahalanya yang berlipat kali ganda daripada solat secara individu.Kita

juga hendaklah sentiasa cuba untuk berdakwah dan mengajak saudara sesama Islam kita

supaya beramai-ramai memenuhi ruangan dan memeriahkan masjid untuk menunaikan

perintah Allah iaitu solat.Solat jemaah adalah fardhu kifayah,ianya sangat dituntut dalam

Islam.Jika sesiapa melakukannya maka dapatlah mereka ganjaran pahala tetapi jika ada

yang  tidak melakukannya tidaklah pula ia menjadi satu dosa melainkan tidak ada

seorang pun yang mahu menjalankan tanggungjawab tersebut maka berdosalah

mereka.Sebaik-baiknya,kita melaksanakannya kerana jika kita tidak pergi ke

masjid,penganut agama lain akan memandang hina kepada agama Islam kerana orang-

orang Islam tidak mengamalkan apa yang di ajar dalam agama mereka.Jadi,janganlah kita

lupa bahawa sebagai Islam,kita perlulah menjaga nama baik Islam di mata penganut

agama lain supaya mereka dapat melihat kecantikkan dan keindahan Islam melalui

perbuatan kita.

                                                
Bilal masjid Ar-Rahmah(imam baru  masih belum di lantik)



RUJUKAN




BIBLIOGRAFI

Hj.Md Arif b.Hj.Ismail ialah bilal utama di masjid ini.Beliau merupakan imam sementara yang dilantik oleh penduduk kampung.Beliau bekhidmat selama 54 tahun sebagai bilal masjid di kampung ini.